Rasuah Busters kongsi pengalaman di pentas WHD

Iklan
Forum World Humanitarian Drive (WHD) berjudul 'Voices Of WHD Malaysia: Corruption and Bribery-Fight Brobery With Bravery.

SHAH ALAM - Dalam merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia bebas rasuah, Rasuah Busters kini giat memperjuangkan 'suara' dalam memastikan nilai integriti menjadi salah satu tonggak kepada nilai kehidupan.

Berkongsi di pentas forum World Humanitarian Drive (WHD) berjudul 'Voices Of WHD Malaysia: Corruption and Bribery-Fight Brobery With Bravery Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, pelbagai inisiatif yang dilakukan dalam usaha merealisasikan hasrat berkenaan.

Iklan
Iklan

Jelasnya, selain turun ke lapangan bagi menyantuni masyarakat dalam berkempen memerangi rasuah, Rasuah Busters kini giat memperjuangkan empat tuntutan kepada kerajaan.

Nurhayati Nordin ketika berkongsi pengalaman.


"Ini merupakan gesaan yang menjadi keutamaan kepada kami pada waktu ini," katanya ketika menjadi salah seorang panel dalam program berkenaan, yang berlangsung menerusi atas talian pada malam Selasa.

Iklan

Turut sama dalam program berkenaan wakil dari Indonesia, Pemerhati Rasuah Malaysia dan wakil WHD, Profesor Datuk Dr Doraisamy.

Selain empat keutamaan berkenaan, Rasuah Busters juga mengemukakan empat lagi tuntutan iaitu Penggubalan Akta Pendanaan Politik, Penggubalan Undang-Undang Perolehan, Pemisahan Kuasa Antara Peguam Negara dan Pendakwaraya, Reformasi Parlimen dan Pelaksanaan Penuh Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP).

Iklan

Tambahnya, Rasuah Busters dan rakan-rakan gabungannya dalam kalangan masyarakat sivil telah mengadakan perbincangan bersama wakil-wakil rakyat dalam pelbagai siri pertemuan dan jelajah yang diadakan ke seluruh negara bagi memperjelas serta memberikan kefahaman agar tuntutan tersebut diambil serius oleh penggubal dasar.

"Kempen Rasuah Busters adalah gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat untuk menghapuskan budaya memberi/menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam ekosistem di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, Nurhayati turut menegaskan integrasi antara reformasi institusi dan pembudayaan integriti dalam kalangan masyarakat amat penting di mana rakyat menjadi 'human agency' yang membawa perubahan holistik dalam segenap ekosistem negara.

"Gerak kerja kolektif oleh semua pihak adalah elemen paling penting untuk membersihkan sistem nilai yang telah korup yang berlaku di segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

"Rasuah Buster membentuk kebangkitan rakyat agar menentang najis rasuah yang telah menjadi endemik dan merosakkan rakyat dan negara Malaysia. Ia menekankan nilai-nilai integriti yang melahirkan moral dan karakter bangsa yang bertamadun dan berjaya. Inilah sebuah gerakan daripada rakyat demi rakyat," katanya.