165 anggota APM ditempatkan bagi penugasan PRN Kedah

Iklan
Wilson Ugak (tengah) bergambar kenangan bersama anggota APM Kedah ketika lawatan kerja ke APM Kedah di PDPA Kota Setar pada Jumaat.

ALOR SETAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah akan menempatkan 165 anggota untuk bertugas ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, anggota terlibat bersiap sedia dan akan bertugas di lokasi yang telah ditetapkan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, anggota APM akan ditugaskan pada hari penamaan calon pada 29 Julai dan hari pengundian pada 12 Ogos depan.

Wilson Ugak (tengah) menyerahkan Sijil Riben Pertahanan Awam kepada anggota APM ketika lawatan kerja beliau ke APM Kedah di PDPA Kota Setar pada Jumaat.


"Anggota Pertahanan Awam ini adalah satu agensi daripada kerajaan pusat di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Maka dengan sebab itulah saya datang ke sini untuk memberi tunjuk ajar supaya (mereka) mengalas tugas semasa pilihan raya dengan baik," katanya.

Iklan

Beliau berkata sedemikian selepas lawatan kerja ke APM Kedah di Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Kota Setar pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Abdul Wahab Rahim dan Timbalan Pengarah APM Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff.

Iklan

Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh memaklumkan kepada Timbalan Pengarah APM negeri sekiranya terdapat keperluan untuk menggunakan atau menambah anggota APM ketika PRN Kedah itu.

"Kita sentiasa berkhidmat dan kita juga akan memberikan anggota jika diperlukan untuk PRN Kedah seperti bantuan dalam aspek perubatan," katanya.

Menurut Wilson, anggota APM akan melakukan penugasan ketika PRN dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan SPR.

Sebelum itu, Wilson turut menyerahkan watikah pelantikan pegawai bersekutu, penyerahan Sijil Reben Pertahanan Awam dan Bakul Rahmah kepada anggota APM terlibat.