Jalan Raja, Dataran Merdeka ditutup seminggu mulai malam ini

Iklan
Jalan Raja di Dataran Merdeka akan ditutup selama seminggu bermula jam 8 malam Jumaat hingga 5 pagi pada 3 Ogos. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Jalan Raja di Dataran Merdeka akan ditutup selama seminggu bermula jam 8 malam Jumaat hingga 5 pagi pada 3 Ogos (Khamis) sempena Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj - Tonggak Perpaduan Negara.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan majlis yang akan diadakan pada 2 Ogos itu, merupakan program yang dianjurkan sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2023.

Iklan
Iklan

"Susulan penutupan tersebut, trafik dari arah Jalan Sultan Hishamuddin akan dilencongkan ke Leboh Pasar Besar, manakala trafik dari arah Jalan Tuanku Abdul Rahman dilencongkan ke Jalan Tun Perak dan Jalan Kinabalu,” menurut KKD dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dan menghubungi KL Command & Control Centre (KLCCC) untuk maklumat lanjut di talian 03-8947 4002 /1 800-88-1020. - Bernama

Iklan

Iklan