Remaja perempuan hilang sejak Sabtu lalu

Iklan
Rossazlin yang masih belum pulang ke rumah selepas dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

JERANTUT - Seorang remaja perempuan masih belum pulang ke rumah setelah dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Rossazlin Roslan, 18, dari Kampung Paya Garuk, di sini dikatakan keluar rumah seorang diri kira-kira jam 3.30 petang Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Remaja terbabit dipercayai keluar dengan memakai jersi pasukan Pahang berwarna kuning dan seluar panjang hitam pada hari kejadian.

Abangnya, Mohamad Rosli, 27, berkata, pada hari kejadian Rossazlin hanya tinggal bersama adiknya, Rosmadiyana, 16, di rumah.

Iklan

"Adik (Rossazlin) beritahu Rosmadiyana yang dia nak pergi surau berdekatan untuk jumpa dengan ayah, Roslan Abdul Razak, 54, dan emak, Wan Noraini Wan Nor, 53.

"Ayah dan emak tak ada di rumah sebab memasak di surau untuk kenduri doa selamat dan sambut ketibaan awal Ramadan," katanya lagi.

Iklan

Menurutnya, sebaik tiba di rumah, kedua ibu bapanya terkejut kerana adiknya itu masih belum pulang malah kelibatnya juga tidak kelihatan di surau.

Katanya,mereka sekeluarga gusar kerana Rossazlin tidak pernah keluar rumah seorang diri sebelum ini kerana mempunyai masalah kesihatan dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan yang dibekalkan.

Tambahnya, ahli keluarganya telah menghubungi anak keempat dari lima beradik itu beberapa kali termasuk menerusi aplikasi WhatsApp namun tidak ada jawapan, malah nombor telefon semua ahli keluarganya telah disekat.

"Saya rasa ada orang yang dah larikan Rossazlin sebab dia tak jawab panggilan kami sampai ke hari ini," katanya.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat pada Ahad lalu dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubunginya di talian 011-26365730.