Lebih 5,000 penyokong berarak bersama Azmin, Muhyiddin

Iklan
Lebih 5,000 penyokong menyertai perarakan rakyat Gombak bersama calon PN sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
GOMBAK - Lebih 5,000 penyokong menyertai perarakan rakyat Gombak bersama calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang diketuai Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu.

Perarakan sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang bermula kira-kira jam 8 pagi itu turut disertai calon PN DUN Gombak, Muhammad Hilman Idham dan calon PN DUN Sungai Tua, Hanif Jamaluddin.

Mereka tiba di Pusat Penamaan Calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini, kira-kira jam 8.40 pagi selepas berarak sejauh sekitar 500 meter bermula di Masjid As-Syariff.

Dari kiri; Hanif, Mohamed Azmin, Muhyiddin dan Muhammad Hilman tiba di Pusat Penamaan Calon SMK Sungai Pusu.

Iklan
Iklan

Turut menyertai perarakan itu adalah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Penyokong terdahulu berkumpul di kawasan Lemang Lerek Greenwood seawal jam 5.40 pagi dan menunaikan solat Subuh dan solat hajat berjemaah selain turut bermunajat.

Iklan

Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PN Selangor dijangka menentang calon Pakatan Harapan (PH), Juwiriya Zulkifli.

Muhyiddin mengiringi calon PN ke pusat Pusat Penamaan Calon SMK Sungai Pusu.

Muhammad Hilman pula bakal disaingi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain manakala Muhammad Hanif dijangka berdepan dengan Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Iklan