Noh iringi Nurul Syazwani ke pusat penamaan calon

Iklan
Nurul Syazwani sambil diperhatikan Noh mencium tangan ibunya dan memohon restu sebelum memasuki Pusat Penamaan Calon di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang pada sabtu.

KUALA SELANGOR - Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mengiringi anaknya, Nurul Syazwani di Pusat Penamaan Calon di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang pada sabtu.

Noh bersama isterinya, Puan Sri Dr Aishah Salleh serta kira-kira 300 penyokong berarak dari tempat penyokong Perikatan Nasional (PN) dan tiba di luar pusat penamaan itu pada jam 9.10 pagi.

Iklan
Iklan

Nurul Syazwani mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berbaju kurung hitam itu kelihatan sebak memasuki pusat penamaan selepas memeluk dan memohon restu daripada keluarga.

Laungan takbir bergema di luar pekarangan itu bagi menyatakan sokongan kepada Nurul yang kali pertama bertanding di pentas politik.

Iklan

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Ketua Cabang Parti PKR Tanjong Karang, Mohd Yahya Mat Sahri tiba lebih awal diiringi kira-kira 300 penyokong PH dan Barisan Nasional (BN) kira-kira jam 9 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kerusi DUN Permatang dimenangi calon PKR, Rozana Zainal Abidin dengan majoriti 1,158 undi selepas menewaskan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN) dan Muhammad Jafaruddin Sheikh Daud (Pas).

Iklan

Rozana memperoleh 9, 208 undi menewaskan Sulaiman yang mendapat 8, 050 undi dan Muhammad Jafaruddin meraih 2,746 undi.

Ikuti perkembangan berita semasa politik tanah air di sini!