Penyokong PH, PN perang mulut

Iklan
Suasana 'perang mulut' antara penyokong Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional di Pusat Penamaan Calon di Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, pada Sabtu.

SHAH ALAM - Penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) berperang mulut apabila parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu melakukan sedikit provokasi dengan menyanyikan lagu 'penyamun'.

PH pula membalas perkataan 'undur Mahathir' bagi menyindir PN.

Iklan
Iklan

Penyokong parti berkenaan sebelum itu dilihat berlawan sorakan dengan melaungkan slogan masing-masing bagi menghangatkan suasana di hadapan Pusat Penamaan Calon di Dewan Kenangan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, pada Sabtu.

Sementara itu, penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) dilihat tersepit di antara dua parti itu.

Iklan

Kira-kira 300 penyokong PN berkumpul melaungkan 'bangkit semula', manakala PH termasuk Barisan Nasional (BN) yang dihadiri lebih 100 penyokong berbaju merah dan biru pula 'Perpaduan Ready'.

Ikuti perkembangan berita semasa politik tanah air di sini!

Iklan