Dendangan lagu Warisan iringi calon PN

Iklan
Kira-kira 500 penyokong PN mendendangkan lagu bertajuk Warisan nyanyian Sudirman semasa hari penamaan calon di Dewan Besar Tanjung MBSA Seksyen 19, Shah Alam pada Sabtu.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kira-kira 500 penyokong daripada Perikatan Nasional (PN) mendendangkan lagu bertajuk Warisan nyanyian Sudirman semasa hari penamaan calon di Dewan Besar Tanjung MBSA Seksyen 19, Shah Alam di sini pada Sabtu.

Nyanyian tersebut adalah bagi memberikan sokongan dan semangat kepada calon mereka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N40 Kota Anggerik, Mohamed Shukri Omar dan N41 Batu Tiga, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Iklan
Iklan

Mereka yang hadir sekitar jam 8.30 pagi selepas berarak sejauh 500 meter turut melaungkan zikir dan selawat selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Juga kedengaran, laungan takbir daripada calon Pakatan Harapan, Najwan Halimi (Kota Anggerik) dan Danial Al Rashid (Batu Tiga) serta penyokongnya setelah tiba di pusat penamaan calon pada 8.45 pagi.

Iklan

Perarakan itu juga disertai oleh penyokong daripada Barisan Nasional (BN), masing-masing mengenakan baju berwarna merah dan biru serta membawa bendera parti.

DUN Kota Anggerik menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang melibatkan PN, Mohamed Shukri Omar, Najwan Halimi (PH) dan Azad Akbar Khan sebagai calon ketiga dari Parti Ikatan Muda Demokratik (Muda).

Iklan

Bagi DUN Batu Tiga pula, ia turut menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan Muda, Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen, Danial Al Rashid (PH) dan Datuk Seri Rina Mohd Harun (PN).

Pengumuman tersebut dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN masing-masing setelah berpuas hati menyemak semua borang pencalonan dan tiada calon yang ditolak pencalonannya.

Pada PRN14, kerusi Kota Anggerik dan Batu Tiga kedua-duanya dimenangi oleh PH iaitu Najwan dan Rodziah Ismail dengan masing-masing mendapat majoriti 17,004 dan 15,616.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!