SEBERANG TAKIR - Meskipun bakal bersaing mendapatkan kepercayaan rakyat pada pilihan raya negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, ia tidak menghalang Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Khazan Che Mat untuk duduk semeja.
Politik matang ditunjukkan Ahmad Razif yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Khazan, mewakili Perikatan Nasional (PN) dibuktikan apabila kedua-dua calon itu dilihat menikmati makan pagi bersama di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sivik Seberang Takir, pada Sabtu.