Laungan hidup perpaduan, takbir iringi calon PH, PN

Iklan
Calon PH bagi PRK P036 Kuala Terengganu, Azan Ismail (PKR) bersama calon N15 Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi tiba di pusat penamaan calon bersama penyokong di Dewan Banquet, MBKT pada Sabtu.

KUALA TERENGGANU - Pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Banquet, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bergema dengan laungan 'hidup perpaduan' daripada penyokong Pakatan Harapan (PH) dan takbir daripada penyokong Perikatan Nasional (PN).

Kelihatan penyokong tiba dalam suasana teratur sekitar jam 8.30 pagi sebelum berkumpul mengikut kawasan yang dikhaskan mengikut parti masing-masing.

Iklan
Iklan

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa turut hadir mengiringi calon PH-BN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu, Azan Ismail dan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi ke pusat penamaan calon.

Ahmad Amzad yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu tiba bersama calon DUN Ladang, Zuraida Md Noor diiringi penyokong di pusat penamaan calon di Dewan Banquet, MBKT.

Penyandang kerusi DUN Ladang dari Pas, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar pula mengiringi calon Pas untuk Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dan calon DUN Ladang, Zuraida Mohd Noor.

Iklan

Penyokong kedua-dua parti itu kelihatan tenang dengan dikawal seramaj 69 anggota polis bertugas.

Iklan