Program istimewa sempena Anugerah TikTok

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

SHAH ALAM - Buat julung kalinya, TikTok akan menganjurkan TikTok Awards' People's Choice sebagai menghargai pencipta kandungan Malaysia yang telah memberi impak besar kepada platform sosial dan video pendek utama itu.

Bagi meraikan acara terbesar berkenaan, Sinar Harian akan bekerjasama sebagai media strategik untuk menyokong dan meraikan kejayaan pencipta kandungan yang kreatif, memberi inspirasi dan pendidikan.

Iklan
Iklan

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, sempena anugerah itu, pelbagai program khas dan istimewa dirangka menuju hari kemuncak pada 27 Ogos depan.

"Begitu juga dengan objektif Sinar Harian yang mana kandungannya bagi membina masyarakat ke arah yang lebih baik. Kita juga teruja untuk mendekati pelayar muda kami di platform digital,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Anugerah TikTok Awards' People's Choice itu akan menampilkan pelbagai kategori, antaranya Creator Of The Year, Rising Star of The Year, Popular Creator of the Year, Celebrity of The Year, Popular Animation Account of The Year, LIVE Creator Of The Year dan TikTok Shop Creator of the Year.

Tambah Nik Justin, Sinar Harian dan TikTok telah bekerjasama selama tiga tahun dan menjadi antara media awal yang bersama platform berkenaan.

Iklan

"Kita harapkan para pelayar akan terus bersama nantikan pelbagai program khas dan istimewa yang akan kita jayakan menuju tarikh kemuncak di semua platform Sinar Harian,” katanya.