SANDAKAN - Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah yang diadakan di sini hari ini adalah yang pertama kali diadakan di luar Kota Kinabalu sejak penubuhan kerajaan baharu negeri Sabah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempengerusikan mesyuarat Kabinet itu yang dihadiri oleh jemaah menteri negeri yang diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah di Batu 6 Jalan Labuk.