PRN: Adly yakin akar umbi sokong Norwani

Iklan
Adly (dua kiri) memberi sokongan kepada calon PH DUN Paroi, Norwani (tiga dari kiri) ketika hari penamaan calon pada Sabtu.

SEREMBAN - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari positif pengundi dan penyokong Pakatan Harapan (PH) tidak akan memboikot calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Beliau berkata, walaupun timbul isu tidak puas hati dalam kalangan Ketua Amanah Cawangan Paroi, namun sifat mahu mempertahankan Kerajaan Perpaduan kekal utuh di kalangan mereka.

Iklan
Iklan

"Kita tahu Amanah memperkenalkan calon baharu, dalam memilih calon ada banyak potensi dan tidak bermakna penyandang sebelum ini tidak 'perform'.

"Antara yang diusahakan dalam Amanah adalah calon wanita, jadi mengambil kira keseluruhan 31 DUN, kita mahu potensi wanita diangkat dan Paroi adalah kawasan paling sesuai.

Iklan

"Saya tahu ada yang tidak puas hati (berkaitan pemilihan calon) tetapi semangat mengutamakan (parti) Amanah, PH dan Kerajaan Perpaduan lebih besar untuk kekal memimpin negara," katanya ketika ditemui selepas penamaan calon DUN Paroi pada Sabtu.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, pencalonan Ketua Wanita Amanah Negeri Sembilan, Norwani Ahmat sebagai calon PH mendapat tentangan daripada 15 Ketua Cawangan Amanah DUN Paroi.

Iklan
Mohamad Taufek

Malah mereka turut memberi isyarat tidak akan keluar mengundi susulan penyandang DUN tersebut, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri tidak dicalonkan kembali.

"Saya menyedari perjuangan ini bukan berbentuk peribadi tetapi mahu melihat negeri, negara jadi lebih baik dan hebat.

"Tidak menjadi calon bukan isu besar, yang penting kita bekerja keras untuk memastikan calon yang dipilih kepimpinan tertinggi parti menang pada PRN nanti," ujarnya.


Sebagai rekod, Mohamad Taufek merupakan penyandang DUN Paroi pada 2008 hingga 2013 atas tiket Pas dan kekal ADUN sejak 2018 menerusi Amanah.