[VIDEO] PRN: Eddin Syazlee teruja bertanding dengan rakan sekampung

Iklan

KUALA PILAH - Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Eddin Syazlee Shith dan Barisan Nasional (BN), Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Menariknya, kedua-duanya merupakan rakan sekampung dan saling mengenali walaupun berbeza fahaman politik.

Iklan
Iklan

Eddin Syazlee yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, meluahkan rasa gembiranya apabila kali ini bertanding dengan rakan sekampungnya yang disifatkan sebagai orang berpengalaman dalam dunia politik.

"Saya seronok bertanding bersama orang kampung dan saya percaya ini satu persaingan yang sihat, saya mengenali calon Barisan Nasional satu kampung, kenduri kendara selalu berjumpa dan saya juga menghormati Tan Sri Mohd Isa Samad (suami Bibi Sharliza).

Iklan

Katanya, apa yang penting adalah memberi perkhidmatan kepada rakyat selain berharap tiada isu-isu bersifat peribadi sama ada di pihaknya ataupun lawan, berkempen secara sihat dan masing-masing tawarkan apa yang hendak diberikan kepada rakyat.

DUN Juasseh menyaksikan pertembungan dua penjuru Eddin Syazlee (PN) dan Bibi Sharliza (BN).

Sementara itu, bagi Bibi Sharliza yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan berkata, walaupun rakan sekampung tentulah kempennya berlainan kerana berlainan parti.

Iklan

"Saya BN, dia PN. Sekampung ini bagus jadi dapat melahirkan pemimpin yang akan membawa kepada kejayaan DUN Juasseh.

"Eddin ni pangkat adik kepada saya. Saling mengenali, kakak dia sama sekolah dengan saya... keluarga dia duduk berhampiran dengan rumah saya,” katanya.

Kerusi Dun Juasseh disandang Datuk Ismail Lasim (BN) yang menang dengan mendapat 4,146 undian menentang Rosli Omar (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!