Lori bawa muatan telur terlibat kemalangan

Iklan
Lori membawa muatan telur terlibat kemalangan tadi.

SEREMBAN - Sebuah lori lima tan membawa muatan telur terlibat dalam kemalangan di Kilometer 265.2, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Bandar Ainsdale di sini hari ini.

Kemalangan itu menyebabkan telur yang berada dalam lori tersebut bertaburan di atas lebuh raya sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sejauh 20 kilometer.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kemalangan itu turut membabitkan sebuah treler dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova.

"Akibat kemalangan berkenaan, lori yang membawa muatan telur terbabas di tepi penghadang jalan.

Iklan
Pasukan bomba sedang membersihkan telur yang bertaburan akibat kemalangan hari ini.

"Pemandu lori telur seorang lelaki berusia 20-an cedera ringan, manakala pemandu MPV seorang lelaki berusia 40-an dan pemandu treler berusia 50-an tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.12 pagi dan seramai tujuh anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Seremban 2 bersama sebuah jentera dikerahkan memberi bantuan.

Iklan

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.