PRN: 'Ayah... ayah nak pergi mana?'

Iklan
Eddin Shazlee diiringi ahli keluarga dan penyokong beliau semasa hadir di pusat penamaan calon pada Sabtu.

KUALA PILAH -"Ayah... ayah nak pergi mana?"

Itu soalan terpacul dari mulut anak Datuk Eddin Shazlee Shith ketika menemani bapanya ke pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh di sini pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Masih bersekolah rendah, pastinya anak kecil itu masih belum mengerti apa yang berlaku di sekelilingnya.

Bangun seawal pagi, berarak bersama ibu bapa dan puluhan penyokong Perikatan Nasional (PN) dan tiba-tiba dua orang lelaki (pencadang dan penyokong) membawa bapanya pergi.

Iklan

Tentunya minda mereka ligat berputar, cuba menghadam apa yang berlaku serta sudah menjadi lumrah anak kecil akan spontan bertanya apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka.

Sementara anak perempuan calon itu erat merangkul leher bapanya seolah-olah enggan berenggang.

Iklan

Demikian antara corat-coret penamaan calon di DUN Juasseh, sedikit sebanyak diharap menghadirkan nilai positif kepada setiap calon.

Walau apa pun berlaku, nasib generasi masa depan perlu diberi perhatian.

Mungkin sekarang mereka tidak begitu mengerti namun siapa tahu, suatu masa nanti mereka pula bakal memerintah pertiwi. - Awani

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!