'Kami pernah berdepan Azmin, menang pusingan pertama' - Amirudin

Iklan
Amirudin berdepan pertembungan tiga penjuru bagi kerusi DUN N16 Sungai Tua.

GOMBAK - Menteri Besar Selangor yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N16 Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari yakin Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) akan diberikan mandat di tiga DUN bawah Parlimen Gombak.

Jelasnya, meskipun kerusi DUN N18 Hulu Kelang menyaksikan seteru politiknya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertanding kali ini, namun ujarnya kemenangan boleh dicapai PH.

Iklan
Iklan

"Ia sudah diuji enam hingga tujuh bulan lalu ketika Pilihan Raya Umum... saya juga berdepan dengan dia (Azmin), pasukan saya juga.

"Alhamdulilah kami menang pusingan pertama, kami harap kami menang lagi kali ini. Ini adalah realiti dalam politik, kita perlu terima," jelasnya.

Iklan

Tambah Amirudin, menerusi kerjasama dengan BN di bawah Kerajaan Perpaduan, beliau yakin momentum kemenangan itu boleh dikecapi dalam PRN Selangor kali ini.

"Kadangkala kita seteru, kadangkala kita menjadi satu pasukan seperti mana kerjasama dengan BN di bawah Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.

Iklan

Amirudin berdepan pertembungan tiga penjuru bagi kerusi DUN N16 Sungai Tua iaitu membabitkan calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin dan calon Bebas, G. Suman.

DUN N17 Gombak Setia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, penyandang kerusi dari Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hilman Idham dan calon Bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali.

Tumpuan turut terarah bagi kerusi DUN N18 Hulu Kelang membabitkan Pengarah Pilihan Raya PN Selangor, Azmin berdepan satu lawan satu dengan calon PH, Juwairiya Zulkifli yang juga Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Saya tidak lari, Hulu Kelang kampung saya' - Azmin Ali

Lebih 5,000 penyokong berarak bersama Azmin, Muhyiddin

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!