PH mungkin berdepan tindak balas penyokong - Amirudin

Iklan
Amirudin (dua dari kanan) disambut penyokong PH-BN di Himpunan Perpaduan Gombak pada Sabtu.

GOMBAK - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tidak menolak kemungkinan berlaku tindak balas penyokong tegar parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Hal itu susulan keputusan PH yang menjalin kerjasama dengan BN bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November lalu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Amirudin berkata, gabungan PH-BN telah menunjukkan komitmen yang baik dalam mendepani situasi politik dan ekonomi sejak membentuk Kerajaan Perpaduan.

"Dalam tempoh enam tujuh bulan, kita kerja bersama, kedua-dua belah pihak menunjukkan prestasi dan kemampuan memacu Kerajaan Perpaduan.

Iklan

Beliau berkata, prestasi tujuh bulan yang dipamerkan Kerajaan Perpaduan memberangsangkan dan menunjukkan hasil yang baik.

"Tindak balas daripada penyokong mungkin ada tetapi jika ia diuruskan dengan secara baik, saya pasti akan wujud gelombang perpaduan baharu yang stabil untuk tempoh 30 hingga 40 tahun," katanya.

Iklan

Pada Sabtu, Amirudin hadir di Pusat Penamaan Calon SMK Sungai Pusu bagi menghantar borang pencalonan bertanding di kerusi DUN Sungai Tua.

DUN Sungai Tua menyaksikan pertemuan tiga penjuru membabitkan Amirudin yang juga penyandang kerusi itu selama tiga penggal, akan menentang Muhammad Hanif Jamaluddin (PN) dan G Suman (Bebas).

Dalam pada itu, Amirudin meletakkan keyakinan mampu mengekalkan momentum kemenangan di Selangor berdasarkan prestasi pentadbiran yang cemerlang di bawah PH.

"Kita yakin mampu kekalkan kemenangan di Gombak, mengulangi pencapaian tiga penggal di Selangor.

"Cuma bezanya kali ini, kita akan membantu BN dan memperkukuh Kerajaan Perpaduan selepas PRN," katanya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!