'Arwah bapa pesan kerja keras, bantu rakyat'' - Zamri Mantop

Iklan
Mohd Zamri (kanan) menziarahi kubur bapanya di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah Pekan Tanjong Karang pada Sabtu.

KUALA SELANGOR - Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang kematian bapa pada Jumaat tetap mengingati pesanan arwah bapanya supaya bekerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat.

Mohd Zamri atau lebih dikenali Ustaz Zamri Mantop berkata, Allahyarham bapanya, Mohd Zainuldin Mohd Jainuddin, 77, sentiasa menitip doa dan memberi sokongan penuh kepada beliau untuk bertanding di DUN itu dan dipilih rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Iklan
Iklan

"Arwah bapa saya beritahu, kalau hendak berkhidmat buatlah yang terbaik dan kena tolong masyarakat," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah Pekan Tanjong Karang pada Sabtu.

Mohd Zamri yang selesai menghadiri proses penamaan calon di Dewan Dato' Hormat Tanjong Karang kemudiannya menziarahi kubur bapanya itu terlebih dahulu sebelum turun berkempen.

Iklan

Allahyarham Zainuldin yang menghidap penyakit asma meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 7.32 pagi.

Mohd Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjong Karang berkata, Allahyarham bapanya juga seorang ahli dan penyokong Pas mahu beliau sentiasa berdamping dengan masyarakat setempat.

Iklan

Ditanya mengenai persediaan menghadapi saingan dua penjuru di DUN Sungai Burong, Mohd Zamri memberitahu, saingan dihadapi sengit dan fokus untuk bertanding secara sihat, matang serta sejahtera bagi menyuburkan proses demokrasi di negara ini.

"Kita serius untuk membawa rakyat supaya berfikir bagaimana hendak bawa negara dan negeri ini pada masa depan," ujarnya.

PRN kali ini menyaksikan Mohd Zamri berdepan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Khir Ramli di DUN Permatang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kerusi itu dimenangi calon BN, Datuk Mohd Shamsudin Lias selepas memperoleh majoriti 2, 330 undi.

Mohd Shamsudin mendapat 8,741 undi menewaskan Mohd Zamri daripada Pas yang memperoleh 6, 411 undi dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Tarmizi Lazim 5,323 undi.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!