Kerajaan kenal pasti parti Orang Asli - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti-parti Komponen Kerajaan Perpaduan Kawasan DUN, Parlimen Kota Bharu di Pejabat UMNO Kelantan pada Sabtu.

KOTA BHARU - Kerajaan telah mengenal pasti parti Orang Asli yang bergerak untuk menyampaikan dakyah mendakwa pentadbiran negara meminggirkan masyarakat berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tahu parti itu ditaja oleh seteru politik dan dikesan sudah mula masuk ke kawasan penempatan masyarakat Orang Asli terutamanya di Negeri Sembilan serta Gua Musang, Kelantan.

Iklan
Iklan

"Jakoa (Jabatan Kemajuan Orang Asli) telah melakukan yang terbaik untuk pembangunan Orang Asli dan sebagainya.

"Jangan pernah merosakkan inspirasi Orang Asli untuk menerima kemajuan," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Iklan

Sebelum itu, beliau hadir merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti-parti Komponen Kerajaan Perpaduan Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Kota Bharu di Pejabat UMNO Kelantan di sini.

Ahmad Zahid berharap parti tersebut tidak menjadi tunggangan kepada pihak yang menaja mereka.

Iklan

Menurut beliau, apa yang lebih penting adalah meletakkan masyarakat Orang Asli sama ke hadapan seperti etnik-etnik lain yang ada di negara ini.

Media sebelum ini melaporkan, masyarakat Orang Asli di negara ini akan berpecah belah dengan penubuhan parti politik baharu yang mewakili komuniti itu.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor berkata, beliau difahamkan sebuah parti politik baharu untuk masyarakat Orang Asli telah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftaran Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.