PRN: Bujang jadi calon Bebas sebab nak ikut Aminuddin

Iklan
Bujang Abu

SEREMBAN - Seorang warga emas bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Negeri(PRN) ini kerana minatnya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Malah Bujang Abu, 72, juga tidak menyasarkan kemenangan dan tidak takut sekiranya hilang deposit.

Iklan
Iklan

"Saya tengok dia (Aminuddin) masuk kali keempat ini, saya pun nak masuk sekali. Saya suka kepada pembawakan Menteri Besar.

"Dulu saya nak juga lawan dia di Parlimen Port Dickson. Tapi tiada orang nak sokong saya," katanya kepada media ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon di Pusat Komuniti Taman Coral Height di sini pada Sabtu.

Iklan

Malah katanya, jika umurnya masih panjang beliau berhasrat bertanding sekali lagi pada masa akan datang.

Beliau yang merupakan Pesara Lembaga Letrik Negara (LLN) memilih logo cermin mata dan tidak kisah dengan jumlah undi yang bakal diperolehnya.

Iklan

"Apabila kali ke lapan saya lulus, baru saya berpuas hati," katanya.

Selain itu katanya, beliau memilih untuk kembali dalam pilihan raya kerana mempunyai banyak masa selepas bersara ditambah pula pekerjaannya sebelum ini selalu berhubung dengan orang ramai.

Bapa kepada lima orang anak itu buat kali pertama bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) iaitu di Parlimen Seremban tetapi tewas dengan hanya memperoleh 83 undi.

Beliau kemudiannya mencuba nasib sekali lagi pada PRU14 dengan memilih DUN Sikamat namun tewas dengan hanya mendapat 15 undi.

DUN Sikamat bakal menyaksikan pertembungan antara Bujang dan tiga lagi calon membabitkan Datuk Seri Aminuddin Harun (PH), Ahmad Raihan Muhamad Hilal (PN) dan Mohammed Hafiz Baharudin (Bebas).

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!