19 calon Muda sah bertanding PRN

Iklan
Tangkap layar ciapan Amira Aisya di Twitter.

SHAH ALAM - Kesemua 19 calon daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sah bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan berlangsung pada 12 Ogos depan.

Timbalan Presidennya, Amira Aisya Abdul Aziz memaklumkan, pihak mereka telah menghantar senarai nama berkenaan semasa proses penamaan calon pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"19 calon Muda telah selamat dinamakan hari ini, saya doakan yang terbaik untuk semua calon Muda,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Ujarnya, segala kesalahan yang dilakukan semasa proses pilihan raya berlangsung itu perlu ditegur dan diperbetulkan untuk kebaikan bersama.

Iklan

"Yang salah kita tegur, yang betul kita angkat.

"Berikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia, Insya-ALLAH, Dia tentukan semuanya,” kata beliau.

Iklan

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!