Ahmad Zahid optimis Kedah, Terengganu boleh dimenangi BN-PH

Iklan
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti Komponen Kerajaan Perpaduan di Pejabat UMNO Kelantan, pada Sabtu. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis pentadbiran negeri di Terengganu dan Kedah akan dapat dikuasai gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau berkata, ia kerana Terengganu dan Kedah yang boleh dianggap sebagai 'swing state' pernah bertukar pemerintahan beberapa kali antara BN dan Pas.

Iklan
Iklan

"Terengganu adalah negeri yang pernah diperintah begitu lama oleh BN, selepas itu Pas. Insya-Allah akan kembali kepada BN, begitu juga Kedah adalah swing state... ada perubahan kerajaan antara BN dan PAS," katanya.

Selain itu Ahmad Zahid berkata, BN-PH juga yakin dapat mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti-parti Komponen Kerajaan Perpaduan Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parlimen Kota Bharu di Pejabat UMNO Kelantan, di sini pada Sabtu. - Bernama

Iklan

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!