Isu kos sara hidup, harga barang terkandung dalam manifesto PN

Iklan
Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) hadir memberi sokongan kepada calon PN bagi DUN N16 Sungai Tua Muhammad Hanif Jamaluddin, N17 Gombak Setia Muhammad Hilman Idham dan N18 Hulu Kelang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Foto Bernama

GOMBAK - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin sekiranya rakyat memberi mandat kepada gabungan itu, pelbagai janji dalam manifesto akan dilaksanakan dalam kadar segera.

Ujarnya, isu kos sara hidup, masalah pekerjaan, pendidikan, inflasi, dan pendapatan rakyat merupakan antara yang terkandung dalam manifesto yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

"Terbentuk kerajaan negeri adil, saksama, efektif serta berkesan dengan menunaikan janji manifesto dan yang penting, bertindak cepat menangani masalah dan isu yang sedang dihadapi rakyat kita.

"Antara perkara penting ialah isu kos harga barang, inflasi, pendapatan, dan hal berkaitan kehidupan rakyat.

Iklan

"Pemulihan ekonomi dipercepatkan supaya peluang pekerjaan lebih banyak, serta kediaman dapat dibina untuk orang tiada rumah, ini akan terkandung dalam manifesto yang akan dilancarkan di enam buah negeri," katanya.

Mengulas lanjut, jelasnya, pemulihan ekonomi adalah antara isu pokok yang akan dilaksanakan PN sekiranya diberi mandat di enam negeri pada 12 Ogos nanti.

Iklan

"Antara perkara itu ada beberapa perkara pokok saya akan umumkan agak common di semua negeri macam soal kos sara hidup, masalah pekerjaan, kesihatan, dan pendidikan. Ini akan kita tekankan selain isu alam sekitar, dan infrastruktur.

"Paling utama, bagaimana kita nak mulakan proses pemulihan baik ekonomi besar atau peniaga," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak pada Sabtu. - Awani

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!