PN-BN Selangor lancar tawaran lima tahun Isnin ini

Iklan
Amirudin

SHAH ALAM - Pasukan Perpaduan Selangor bakal melancarkan tawaran lima tahun akan datang pada Isnin ini bagi melonjakkan Selangor ke tahap yang lebih tinggi.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari selepas proses penamaan calon bagi kesemua 56 calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam gagasan Perpaduan Negeri Selangor selesai dan berjalan begitu sempurna.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semangat setiakawan dan kesepakatan itu menjadi asas kepada Kerajaan Persekutuan diterjemahkan ke dalam gerak kerja di pilihan raya negeri kerana kerjasama ini dijalinkan atas kepercayaan dan bukannya pengkhianatan.

"Alhamdulillah proses penamaan calon bagi kesemua 56 calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam gagasan Perpaduan Negeri Selangor telah selesai dan berjalan sempurna.

Iklan

"Saya yakin PH dan BN mendahului di 68 peratus hingga 70 peratus kawasan yang ditandingi, serta persaingan sengit di beberapa kawasan lain yang mampu mencapai kemenangan.

Beliau bagaimanapun berkata, tawaran itu hanya dapat direalisasikan dengan pasukan ikhlas, padu, setiakawan dan yang mampu menawarkan khidmat dengan jujur untuk mengangkat maruah dan martabat rakyat Selangor.

Iklan

Pada Sabtu, Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan bahawa terdapat 147 calon bertanding di 56 kawasan DUN di seluruh Selangor.

Daripada kesemua kawasan itu, 26 kerusi menyaksikan pertarungan dua penjuru, 25 kawasan dengan tiga penjuru, dan lima kawasan yang bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!