Sekurang-kurangnya 10 maut, 110 cedera letupan di Narathiwat

Iklan
Anggota bomba dan penyelamat Thailand memadamkan kebakaran yang berlaku dalam kejadian letupan di gudang mercun dan piroteknik di Narathiwat, Thailand pada petang Sabtu. - Foto EPA

NARATHIWAT - Sekurang-kurangnya 10 maut manakala 110 cedera dalam kejadian letupan di gudang mercun dan piroteknik di Narathiwat, Thailand pada petang Sabtu.

Gabenor Narathiwat Sanan Pongaksorn berkata, letupan pada jam 3.30 petang (waktu tempatan) itu berlaku di Pasar Mundok, destinasi membeli-belah popular bagi rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, letupan itu menyebabkan kerosakan, memusnahkan kedai dan menyebabkan bekalan elektrik terputus serta gangguan lalu lintas.

"Punca letupan masih dalam siasatan,” katanya.

Iklan

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu, setakat ini.

Foto dan video yang dikongsi di media sosial menunjukkan kerosakan membabitkan kenderaan, bangunan, rumah kedai dan kediaman di kawasan itu.

Iklan

Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran dan pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat.

Mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Media tempatan melaporkan bahawa kebakaran dan letupan berterusan dan ramai mangsa terperangkap dalam runtuhan.

Timbalan jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek berkata Perdana Menteri sementara Prayut Chan-o-cha menyeru agensi berkaitan untuk memberi bantuan segera kepada mangsa dan mereka yang terjejas akibat kejadian itu. - Bernama