ISTANBUL - Pihak pemeriksa bangunan di San Francisco membantah pemasangan papan tanda simbol X di atas bumbung bangunan ibu pejabat Twitter, lapor Anadolu Agency (AA) memetik San Francisco Chronicle.
Menurut jurucakapnya Patrick Hannan, pemasangan papan tanda perlu mendapat permit dan kebenaran pihak suruhanjaya perancangan bandar California bagi memastikan keselamatan struktur papan tanda itu.