UAE larang eksport, eksport semula beras selama empat bulan

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

ABU DHABI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengenakan larangan eksport dan eksport semula beras selama empat bulan, menurut Kementerian Ekonomi negara itu pada Sabtu, lapor Xinhua.

Larangan itu, berkuat kuasa mulai 28 Julai, meliputi zon bebas di UAE dan terpakai kepada semua jenis beras, termasuk beras perang, beras dikisar sepenuhnya atau sebahagiannya dan beras pecah, menurut kenyataan yang dikeluarkan di akaun media sosial kementerian.

Iklan
Iklan

Syarikat yang berminat untuk mengeksport atau mengeksport semula beras wajib mendapatkan permit eksport daripada Kementerian Ekonomi.

Kementerian itu berkata, tempoh larangan berkenaan boleh disambung secara automatik melainkan keputusan dibuat untuk membatalkan pelaksanaannya.

Iklan

Keputusan itu dibuat selepas kerajaan India pada minggu lalu memutuskan untuk menghentikan eksport beras bukan basmati kerana kenaikan harga dalam pasaran domestik dan kerosakan tanaman disebabkan musim tengkujuh.

UAE mengimport hampir 90 peratus keperluan makanannya. - Bernama

Iklan