'Pemberian geran inisiatif kerajaan, tiada unsur rasuah' - Azam Baki

Iklan
Azam Baki - Foto Bernama

SHAH ALAM - Geran berjumlah RM100,000 yang akan diberi kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) selain peruntukan sebanyak RM250,000 untuk Majlis Belia Malaysia Terengganu bukanlah satu bentuk rasuah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya melihat pemberian itu dari kementerian di peringkat Persekutuan.

Iklan
Iklan

"Ini adalah sebuah kerajaan pemerintah yang boleh melaksanakan inisiatif yang difikirkan wajar untuk rakyat.

"Pada hemat saya, tiada masalah berhubung isu pemberian geran ini kerana ia merupakan inisiatif kerajaan. Jadi kalau inisiatif peruntukan yang telah diluluskan kerajaan, ia tiada unsur rasuah," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Tambahnya, pemberian seumpama ini juga bukan berbentuk rasuah.

Pada Jumaat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju memperuntuk geran tambahan sebanyak RM100,000 kepada Ketengah bagi tujuan pembangunan aktiviti golongan itu di Terengganu.

Iklan

Pengumuman itu disampaikan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Himpunan Belia Lestari Generasi Unggul (LesGU) sempena program Sentuhan Kasih Desa di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu.

Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 untuk Majlis Belia Malaysia Terengganu dan RM200,000 bagi persatuan permotoran di negeri itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Bantuan belia: Zahid selar tuduhan Syed Saddiq

'Ini adalah sogokan' - KJ