'Rakyat dah muak dengar pemimpin bergaduh' - Aminuddin

Iklan
Aminuddin (tengah) beramah mesra dengan seorang pengunjung di Pasar Tani Paroi Jaya.

SEREMBAN - Berkempen dengan cara menyerang peribadi calon lawan tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat, kata calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurut Aminuddin, rakyat hari ini bukannya mahu mendengar pemimpin mereka bergaduh sebaliknya mahu mengetahui khidmat yang boleh ditawarkan.

Iklan
Iklan

"Kalau nak gaduh, hari-hari kita boleh gaduh. Tapi bagi saya yang penting kita perlu beritahu rakyat apa yang kita boleh lakukan kepada mereka," katanya ketika ditemui selepas berkempen di Pasar Tani Paroi Jaya di sini pada Ahad.

Aminuddin berkata, beliau juga tidak dapat mengelak sekiranya ada yang menyerang peribadinya, namun akan cuba mengelak untuk menggunakan pendekatan sama.

Iklan

Apa yang menjadi fokusnya ketika ini kata Aminuddin adalah untuk berjumpa seberapa ramai pengundi DUN Sikamat.

"Saya akan ambil kesempatan ini untuk dengar permasalahan rakyat yang mungkin ada yang masih perlu ditambah baik," katanya.

Iklan

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson adalah penyandang kerusi DUN Sikamat sejak tahun 2008.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Aminuddin menang dengan majoriti 3,413 undi selepas memperoleh 9,832 undian, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Syamsul Amri Ismail yang mendapat 6,419 undi.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!