'Tindakan Ahmad Zahid umum peruntukan dengan syarat mengundi jelas rasuah'

Iklan
Tangkap layar kenyataan Tuan Ibrahim di Facebook pada Ahad.

SHAH ALAM - Pas menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan peruntukan kepada tiga persatuan belia di Terengganu dengan syarat supaya mengundi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengumuman yang dibuat Ahmad Zahid itu jelas merupakan satu bentuk rasuah menjelang pilihan raya negeri (PRN).

Iklan
Iklan

Tegas beliau, rakyat menunggu tindakan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ucapan Presiden UMNO tersebut yang nyata memberi sogokan dan bercanggah dengan undang-undang negara.

"Tindakan memberi pelbagai geran dan sumbangan kewangan dengan syarat mengundi PH-BN, jelas satu rasuah menjelang PRN.

Iklan

"Walaupun pelbagai pihak meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam platform media sosial di dalam ucapan tersebut, nampaknya SPRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan yang jauh beza dengan kenyataan segera terhadap tindakan pihak pembangkang.

"Sehingga menyediakan bas oleh kerajaan Kelantan untuk kemudahan pengundi pulang membuang undi dengan tiada sebarang syarat dikenakan sama ada mengundi sesiapa yang mereka suka, juga dianggap satu kesalahan rasuah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Iklan

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberi sogokan dalam satu majlis pada Jumaat dengan mengumumkan peruntukan geran tambahan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), RM250,000 untuk Majlis Belia Negeri Terengganu dan RM200,000 untuk pasukan bermotosikal di negeri berkenaan.

Jelasnya lagi, peruntukan itu akan ditambah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika parti kerajaan menang PRN di negeri tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:

Bantuan belia: Zahid selar tuduhan Syed Saddiq

'Ini adalah sogokan' - KJ

'Pemberian geran inisiatif kerajaan, tiada unsur rasuah' - Azam Baki

Ahmad Zahid langgar larangan 3C - Bersih