Perlumbaan Perahu Naga

Iklan
Peserta bersaing pada Perlumbaan Perahu Naga Diraja Pahang sempena Pesta Kuantan 188 di Sungai Kuantan hari ini.

Perlumbaaan Perahu Naga yang diadakan itu antara acara tarikan pada pesta yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Sebanyak 34 pasukan terdiri agensi kerajaan dan swasta menyertai perlumbaan bermula di hadapan Jeti Jabatan Laut Kuantan dan berakhir di hadapan Menara Kuantan 188.

Pesta anjuran Menara Kuantan188 itu akan dijadikan sebagai acara tahunan dalam Kalendar Pelancongan Pahang, bertujuan mencipta produk pelancongan baharu di Pahang, seterusnya muncul hab destinasi pelancongan moden di Pantai Timur.