CANBERRA - Tentera Australia pada Ahad mengumumkan bahawa ia menggantung perkhidmatan keseluruhan armada helikopter MRH-90 Taipan miliknya susulan nahas semasa latihan ketenteraan multinasional yang menyebabkan empat krew hilang.
Helikopter MRH-90 Taipan terjunam ke laut subtropika di luar Pulau Hamilton, Queensland ketika menyertai latihan ketenteraan Talisman Sabre pada Jumaat lalu.
Iklan
Iklan
Ketua Tentera Australia, Leftenana Jeneral Simon Stuart berkata, buat masa ini terdapat kira-kira 45 helikopter MRH-90 Taipan dalam senarai aset tentera udaranya.
"Kami tidak akan menerbangkan MRH-90 sehingga kami fikir ia selamat untuk melakukannya," ujar Stuart.
Malah sebelum nahas, Canberaa telah mengumumkan ia akan menggantikan helikopter Taipan miliknya yang uuzr dengan Black Hawks buatan Amerika Syarikat (AS).
Berikutan nahas itu, pegawai pertahanan mengumumkan penangguhan sementara latihan ketenteraan besar-besaran berkenaan yang turut disertai pasukan dari Jepun, Perancis, Jerman serta Korea Selatan.
Latihan berkenaan sudah memasuki minggu kedua melibatkan pelaksanaan ujian logistik berskala besar, pertempuran darat, pendaratan amfibia dan operasi udara. - AFP