SKUAD wushu terus menceriakan kontinjen Malaysia apabila merangkul pingat gangsa kedua menerusi Calvin Lee Wai Leong dalam acara nangun lelaki Sukan Universiti Dunia (Universiade) ke-31 di Chengdu, China pagi Ahad.
Kejayaan meraih gangsa itu sekali gus memadam kekecewaan Calvin yang gagal meraih sebarang pingat dalam acara nanquan pada Sabtu.
Iklan
Iklan
Dalam acara nangun, Calvin mempamerkan aksi mantap untuk memungut 9.653 mata - ketinggalan 0.1 mata di belakang pemenang pingat perak, Ioi Chit Cheung dari Macau.
Maoyuan Cao nyata unggul meraih pingat emas dengan 9.753 mata, sekali gus menyambar kilauan emas kedua jaguh buat jagoan China itu selepas menjuarai acara nanquan.
Pada Sabtu, atlet wushu wanita, Mandy Cebelle Chen menghadiahkan pingat pertama buat kontinjen Malaysia apabila meraig gangsa dalam acara taijiquan.
Bagaimanapun, Mandy gagal menambah koleksi pingat peribadi keduanya pada temasya Universiade kali ini dalam acara taijijian selepas sekadar menduduki tempat kelima.
Malaysia juga terlepas satu lagi pingat apabila Tammy Tan Hui Ling yang beraksi dalam acara jianshu wanita menduduki tempat keempat.