Isteri mungkin keguguran, Aliff Syukri mohon doa peminat

Iklan
Gambar dikongsikan Aliff Syukri di laman Instagram miliknya. - Foto Instagram Aliff Syukri

USAHAWAN selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon doa dari peminat buat kandungan isterinya, Datin Shahida Mohd Rashid yang dikatakan mengalami pendarahan teruk.

Memetik entri Instagram miliknya, Aliff Syukri, 32, berkata, pada awalnya dia dan isterinya mahu merahsiakan berita kehamilan Shahida sebagai satu kejutan kepada peminat sebelum insiden itu berlaku.

Iklan
Iklan

"Tolong doakan kandungan isteri saya selamat... Sepatutnya berita kehamilan dirahsiakan dulu tetapi dugaan berlaku mungkin Shahida stress (tertekan) dengan keadaan isu anak kedua kami Qhadeeja hingga dia mengalami pendarahan teruk, mungkin mengakibatkan keguguran," katanya.

Menurut anak kepada Rozita Ibrahim ini, menerusi pemeriksaan doktor, anak yang dikandung Shahida ialah bayi kembar yang diimpikan pasangan itu.

Iklan

"Bila lakukan pemeriksaan, doktor beritahu bayi kembar... Ya ALLAH sayangnya...

"Mohon doakan isteri dan anak-anak saya selamat, doa anda semua amat saya hargai,” katanya yang juga penyanyi lagu Abang Nak Tegur.

Iklan

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 11, Ibrahem Edham, 7, Qadeeja El Zahra, 9, Yusoff Al Qardawi, 10 bulan dan anak angkat perempuan, Ameena, berusia enam bulan.

Menerusi perkhabaran itu, rata-rata peminat begitu teruja dan turut mendoakan kesejahteraan isteri dan anak kembarnya.

Pemilik akaun Instagram, sara_mayra menulis,"tahniah datuk dan datin, semoga bayi baik-baik sahaja dan tak sabar nak tunggu kembar itu keluar".

Kata haryaniaziz, akhirnya impian pasangan itu untuk menambah anak dipermudahkan.

"Tahniah, tercapai juga impian nak tambah anak lagi. Semoga saya dan suami juga dikurniakan anak kembar," tulisnya pada dientri itu.