Pemandu bot ditemukan lemas di Tasik Kenyir

Iklan
Keadaan di lokasi kejadian melibatkan dua buah bot yang bertembung di Sungai Pertang, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu. - Foto ihsan bomba

HULU TERENGGANU - Seorang pemandu bot yang hilang selepas bot dikendalikannya bertembung dengan sebuah bot lain ditemukan lemas di Sungai Pertang, Tasik Kenyir di sini pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang, Hanaffi Mohamad berkata, mangsa Mohd Faisal Derahman, 42, ditemukan pasukan penyelamat pada jam 3.40 petang.

Iklan
Iklan

"Pasukan penyelamat telah membuat pencarian 'water surface' dan membuat teknik donat atau circle dengan menggunakan bot pada jam 3.30 petang.

"10 minit kemudian, pasukan penyelamat menjumpai mayat yang timbul berhampiran kawasan tempat berlakunya insiden tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Hanaffi berkata, mayat diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pemandu bot dikhuatiri lemas selepas dua bot bertembung di Sungai Pertang, Tasik Kenyir di sini pada Jumaat.

Iklan

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika bot berkenaan dalam perjalanan membawa penumpang untuk ke sebuah hentian di Tasik Kenyir.