Hari Tanpa Kenderaan Ipoh ditukar Hari Rendah Karbon

Iklan
Rumaizi (kiri) membuat pelepasan acara larian anjuran MKN Perak iaitu NATSEC Fun Run sejauh 5KM dengan penyertaan seramai 300 orang ketika Hari Rendah Karbon Ipoh di sini pada Ahad.

IPOH - Hari Tanpa Kenderaan Ipoh kini dijenamakan semula sebagai Hari Rendah Karbon Ipoh oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, sejak dimulakan pada tahun 2015, program tersebut telah memberi manfaat kepada semua golongan warga kota sama ada mewakili agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang hadir dengan melakukan pelbagai aktiviti secara santai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program itu juga telah memenangi Anugerah Platinum, Placemaking Award oleh Malaysian Institute of Planners di bawah kategori Jalan (Penggunaan Ketika Acara).

"Ini sebagai langkah kesedaran dan inisiatif mengurangkan intensiti pelepasan karbon pada keseluruhannya di Ipoh dan selaras dengan komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030.

Iklan

"Pelbagai aktiviti yang sesuai dijalankan pada Hari Rendah Karbon Ipoh bagi menyahut cabaran ke arah mencapai aspirasi Kelestarian Bandar Sifar Karbon Bersih 2050 sebagai matlamat," katanya kepada pemberita ketika hadir ke Hari Rendah Karbon Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil di sini pada Ahad.

Hadir sama pada program tersebut, Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, Khairul Amir Jamil.

Iklan

Sementara itu, Rumaizi berkata, Hari Rendah Karbon Ipoh bagi edisi Julai 2023 dimeriahkan dengan beberapa acara seperti kayuhan santai iaitu Kayuhan Melawat Ipoh 2023 dengan jarak 10 km yang disertai seramai 300 peserta.

Menurutnya, selain itu juga turun berlangsung acara larian anjuran MKN Perak iaitu NATSEC Fun Run sejauh 5KM dengan penyertaan seramai 300 orang.