Menteri baharu ganti Salahuddin diumum selepas PRN - PM

Iklan
Anwar (tiga dari kiri) merasmikan penutup Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Plaza Pavilion Bukit Jalil pada Ahad. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baharu akan diumum selepas urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung di enam negeri selesai.

Anwar berkata, beliau memerlukan masa untuk meletakkan pengganti Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas.

Iklan
Iklan

Buat masa ini, Anwar berkata, beliau memberi tanggungjawab kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali untuk memantau urusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Iklan

Beliau turut meminta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh untuk membantu Armizan menjalankan tugas di kementerian itu.

"Sementara ini, Armizan diberi tanggungjawab memantau dan menjalankan tugas. Fuziah pun dah faham betul (urusan KPDN).

Iklan

"Jadi saya nampak tiada gangguan dan saya minta Armizan tumpu lebih sikit di kementerian ini,” katanya.

Portfolio kementerian itu sebelum ini diamanahkan kepada Salahuddin yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.

Selama hayatnya, Salahuddin, 61, amat komited dalam memperjuang nasib rakyat terutama berkaitan kos sara hidup. - Bernama