PRN: Sekarang bukan masa cuba-cuba tukar kerajaan - Khairuddin

Iklan
Khairuddin bersemangat memulakan kempen PRN sejurus selesai menghantar borang penamaan calon pada Sabtu.

SUNGAI BULOH - Pengundi diingatkan tidak memperjudikan nasib mereka dengan memilih calon pembangkang pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, PRN bukan masa untuk 'cuba-cuba' menukar kerajaan Selangor yang telah menunjukkan rekod baik di bawah pemerintahan PH.

Iklan
Iklan

Calon PH DUN Paya Jaras itu berkata, beliau yakin pengundi di Selangor bijak dan tahu menilai pemimpin yang boleh membawa kebaikan.

"Pesanan saya agar pengundi tidak cuba membawa Selangor ke era Kelantan dan Terengganu. Ini bukan masa untuk memberi peluang kepada Perikatan Nasional (PN) memimpin negeri.

Iklan

"Ada orang mengundi kerana setia pada parti dan ada juga yang memilih calon serta isu yang dibawa tetapi percayalah rakyat negeri ini hanya ada satu pilihan iaitu PH," katanya.

Katanya, pengundi tiada pilihan selain mengekalkan PH di Selangor dan memilih pemimpin politik PN yang lemah hanya akan merugikan rakyat.

Iklan

"Kita yakin Selangor milik PH dan tidak mungkin menjadi negeri PN. Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, PN mendabik dada dapat menawan Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

"Namun, saya yakin parti lawan tidak akan tembus banyak (undian) di Selangor kerana orang negeri ini cerdik, bijak dan tidak akan termakan dengan hasutan perkauman, agama dan raja (dibawa pembangkang)," katanya.