PRN: Muda isytihar harta calon bertanding masa terdekat

Iklan
Syed Saddiq - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan mengisytiharkan harta calonnya yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini dalam masa terdekat.

Presiden Muda, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, semua ahli parti itu yang bertanding dalam pilihan raya wajib mengisytiharkan harta mereka.

Iklan
Iklan

"Bagi membolehkan mereka mendapat borang daripada Presiden untuk menjadi calon, mereka diwajibkan untuk mengisytiharkan aset (terlebih dahulu)," katanya.

Sebelum ini, Muda mengumumkan bahawa ia akan meletakkan 20 calon untuk bertanding dalam PRN di empat negeri iaitu Selangor (14), Pulau Pinang (tiga), Negeri Sembilan (dua) dan seorang di Terengganu.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan hari pengundian pada 12 Ogos dan pengundian awal pada 8 Ogos bagi PRN di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah serta Kelantan. - Bernama

Iklan