Kempen PRN: Masyarakat berperanan kawal sentimen 3R

Iklan
Nie Ching (empat dari kiri) dan calon PH-DAP bagi N21 Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon (tiga dari kanan) bergambar serta beramah mesra bersama para hadirin pada Ceramah Mega DUN Bukit Kepayang di Bilik Gerakan PH, Seremban malam ini. - Foto Bernama

SEREMBAN - Masyarakat perlu memainkan peranan dalam membantu mengawal penyebaran ucapan berbaur kebencian serta naratif 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja khususnya di platform media sosial sepanjang tempoh kempen pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, jika terdapat hantaran atau kandungan yang mengandungi elemen berkenaan, masyarakat perlu melaporkannya kepada penyedia platform terbabit supaya ia tidak tersebar secara meluas.

Iklan
Iklan

"Rakyat memainkan peranan penting. Semua platform media sosial memang ada butang (lapor), jadi kalau mereka rasa ada ucapan atau kandungan melibatkan 3R, saya menggesa rakyat melaporkan hantaran tersebut kepada penyedia platform supaya mereka boleh mengambil tindakan sewajarnya," kata beliau.

NIe Ching berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Mega Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang di pekarangan Bilik Gerakan Pakatan Harapan DUN berkenaan di sini hari ini.

Iklan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini dilaporkan berkata polis tidak akan berkompromi berkaitan isu 3R dan mana-mana pihak yang didapati terlibat akan diambil tindakan berdasarkan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Iklan