Calon BN DUN Jeram Padang kemalangan

Iklan
Calon BN DUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (gambar kecil) terlibat dalam kemalangan pada jam 3.25 pagi di Jalan Pasir Besar-Palong di Negeri Sembilan. - Foto Instagram: @drasyrafwajdi

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dilaporkan mengalami kemalangan, awal pagi Isnin.

Dalam kenyataan di Facebook, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan kemalangan berlaku jam 3.25 pagi di Jalan Pasir Besar-Palong di Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

"Pemandu agak kritikal. Mohon semua dapat doakan agar keduanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli ketika dihubungi Sinar Harian berkata, Zaidy hanya cedera pada kaki tetapi tidak dapat dipastikan bagaimana tahap kecederaannya.

Iklan

"Saya pun dapat tahu berkenaan perkara ini Subuh tadi melalui pesanan ringkas WhatsApp dari kawan-kawan.

"Saya akan ke Hospital Jempol sekejap lagi untuk tengok keadaannya," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab mengesahkan kejadian berlaku dan kenyataan lanjut akan dikongsi.

Mohd Zaidy akan bertembung dengan calon Perikatan Nasional S Surash pada Pilihan Raya Negeri yang berlangsung 12 Ogos ini.