10 murid disaring batuk kokol

Iklan
Rahmad

MELAKA - Ibu bapa di negeri ini dinasihatkan tidak panik susulan beberapa murid sekolah menjalani pemeriksaan saringan disyaki menghidap kes pertussis atau batuk kokol, Jumaat lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata, tiada kelas yang ditutup dan setakat ini hanya 10 murid di sebuah sekolah rendah menjalani ujian saringan yang dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah selepas mengalami gejala batuk.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, menurutnya, keputusan sama ada murid berkenaan positif pertussis atau sebaliknya belum diketahui dan ia akan diperoleh dalam minggu ini.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Klinik Kesihatan (KK) Durian Tinggal telah membuat pemeriksaan secara rambang kepada 10 pelajar itu dan mereka telah diberikan cuti.

Iklan

"Dijangka Khamis ini baru tahu keputusan swab sama ada ia berjangkit atau sebaliknya, dan ibu bapa jangan panik," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek berkata, ibu bapa juga tidak perlu bimbang untuk menghantar anak-anak yang sihat ke sekolah seperti biasa.

Iklan

"Sebenarnya sekolah ini tak ada apa-apa dan pemeriksaan itu sebagai prosedur biasa," katanya lagi.