DUNGUN - Pelbagai bantuan yang disediakan menerusi program Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bertujuan untuk memperkasakan golongan pekebun kecil di luar bandar.
Salah seorang penerima bantuan keseluruhan Program Pembangunan RISDA Peringkat Terengganu, Khalid Jambol 66, berkata, beliau telah menerima bantuan sebanyak RM34,275 untuk mengusahakan tanaman semula getah di tanah miliknya di Pasir Raja, Dungun.
"Alhamdulillah, permohonan saya diluluskan dan saya berterima kasih kepada RISDA kerana akhirnya dapat mengusahakan tanaman pada awal tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Program Sentuhan Kasih Desa Terengganu di Kompleks Sukan Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, penerima bantuan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) RISDA, Roslizani Mohamed, 42, berkata, bantuan yang diterima dapatmenambah pendapatannya menerusi perniagaan lainyang diusahakan.
"RISDA telah menyediakan aktiviti ekonomi tambahan sekali gus layak memohon bantuan AET dalam bidang produk makanan iaitu santan denganbantuan yang diterima sebanyak RM10,000. Bantuan ini telah membantu saya untuk mengembangkan perniagaan santan yang diusahakan,” ujar Roslizani.
Perkara sama turut dikongsi oleh penerima Bantuan Program Agromakanan RISDA Peringkat Negeri Terengganu, Abdul Razak Ishak, 63 yang menjana pendapatan tambahan menerusi tanaman sampingan yang diusahakan.
Bagi penerima bantuan lain, Abdullah Daud, 77 telah memanfaatkan bantuan yang diterima untuk membersihkan tanah seluas 5.6 hektar di Kampung Lentang Jerangau, Dungun untuk penanaman semula getah.
"Keadaan jalan ke kebun tersebut tidak mempunyai akses yang sempurna dan RISDA telah memberikan bantuan kemudahan PAP.
Info bantuan dan jumlah penerima
1. Bantuan Keseluruhan Program Pembangunan RISDA Peringkat Negeri Terengganu (Januari - Julai 2023)
- Nilai bantuan: RM7,742,982.46
- Bilangan pekebun kecil: 1,527 orang
2. Bantuan Program Tanam Semula Getah RISDA Peringkat Negeri Terengganu (Januari - Julai 2023)
- Nilai bantuan: RM1,576,007.70
- Bilangan pekebun kecil: 1,267 orang
- Keluasan: 1,417.7307 hektar
3. Bantuan Program Prasarana Asas Pertanian (PAP) RISDA Peringkat Negeri Terengganu (Januari - Julai 2023)
- Nilai bantuan: RM 900,000
- Bilangan pekebun kecil: 101 orang
Keluasan: 98.6641 hektar
4. Bantuan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) RISDA Peringkat Negeri Terengganu ( Januari - Julai 2023)
- Nilai bantuan: RM1,125,000
- Bil projek: 122 projek
5. Bantuan Program Agromakanan RISDA Peringkat Negeri Terengganu (Januari - Julai 2023)
-Nilai bantuan: RM870,800
-Bilangan projek: 37 projek