Ahli Amanah jadi calon tanpa restu dilucutkan keahlian

Iklan
Gambar kecil: Dr Hatta Ramli

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menerima laporan terdapat ahlinya hadir pada hari penamaan pilihan raya (PRN) di enam negeri sebagai calon, pencadang dan penyokong tanpa kebenaran parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, berdasarkan Fasal 6 Perlembagaan Parti Amanah Negara (2022) tindakan tersebut menyebabkan mereka dilucutkan keahlian parti serta-merta.

Iklan
Iklan

"Amanah mendapat makluman terdapat ahli parti bertindak hadir ke penamaan calon PRN sebagai calon, pencadang dan penyokong.

Berdasarkan perlembagaan parti, tindakan berkenaan menyebabkan mereka dilucutkan keahlian parti serta merta,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Menurut beliau, parti itu menghantar 31 nama untuk bertanding di bawah logo Pakatan Harapan (PH) dengan semangat Kerajaan Perpaduan bersama Barisan Nasional (BN).

Jelasnya, kerjasama PH dan BN juga semakin kukuh apabila rundingan serta agihan kerusi berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Iklan

"Objektif yang mahu dicapai dalam rundingan ini adalah memastikan tiada pertembungan berlaku di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

"Dalam mana-mana kerjasama dan rundingan, prinsip ‘menang-menang’ sentiasa menjadi keutamaan.

"Namun begitu, bagi mencapai prinsip ini, sudah tentu setiap pihak yang terlibat perlu melakukan pengorbanan bagi memastikan kemenangan yang lebih besar dapat dicapai,” katanya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!