Godin mahu rehat, fokus keluarga, lupakan bola sepak

Iklan
Godin

PEMAIN pertahanan Uruguay, Diego Godin mengumumkan persaraan selepas 20 tahun setelah Velez Sarsfield tewas 0-1 kepada Huracan dalam perlawanan terakhir Liga Perimera Argentina di Stadium Tomas Adolfo Duco, Buenos Aires, Argentina.

Iklan
Iklan

Bekas kapten Atletico Madrid itu membuat 627 penampilan profesional, menjaringkan 38 gol dan memenangi 10 gelaran, termasuk dua trofi Liga Europa dan tiga Piala Super UEFA bersama Atletico Madrid.

"Saya mahu membuat keputusan dengan cara yang sihat sebegini, ia mungkin kelihatan mengejutkan, tetapi saya mempertimbangkannya sebaik-baiknya.

Iklan

"Sekarang saya ada keutamaan lain.

Keluarga saya berada di Uruguay dan baru-baru ini saya menjadi bapa, saya mahu berehat dan menikmati perkara lain dan saya mahu cuba pergi dengan imej yang baik di atas padang," kata pemain berusia 37 tahun itu.

Iklan

Nacional Uruguay mempertimbangkan untuk menandatangani Godin, sumber yang rapat dengan pemain itu memberitahu Reuters, tetapi pertahanan tengah itu membuat keputusan terakhirnya untuk meninggalkan padang selepas kelahiran anak perempuannya bulan lalu.

Godin memulakan kerjayanya pada 2003 dengan kelab Uruguay, CA Cerro sebelum menyertai Nacional (2006) dan kemudian berpindah ke kelab La Liga Sepanyol, Villarreal satu musim selepas itu.

Pemain pertahanan itu kemudian menyertai Atletico pada 2010, yang menyerlahkan nama apabila dilantik sebagai kapten pasukan selama sembilan musim.

Godin meneruskan kesinambungan bersama Velez pada pertengahan 2022 selepas menghadirkan impak di Eropah termasuk di Inter Milan dan Cagliari, dan enam bulan di kelab Brazil, Atletico Mineiro.

Dia melakukan penampilan sebanyak 161 kali bersama Uruguay, muncul dalam empat edisi Piala Dunia yang merupakan sebahagian skuad generasi emas merangkul kejuaraan Copa America 2011 dan kmenduduki tempat keempat Piala Dunia 2010.