TOKYO - Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata taufan Khanun yang sangat kuat dijangka menghampiri wilayah barat daya Okinawa dan Amami di negara itu pada Isnin hingga Selasa.
Taufan Khanun sedang bergerak merentasi laut di selatan Jepun dan menuju ke utara-barat laut pada kelajuan 15 kilometer sejam setakat jam 7 pagi waktu tempatan, pada Isnin.