'Ambil iktibar kemalangan libat calon BN DUN Jeram Padang'

Iklan
Jalaluddin (dua dari kanan) bersama jentera UmNo melawat Mohd Zaidy di Hospital Jempol pada Isnin.

JEMPOL - Semua calon Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu mengambil iktibar kemalangan yang berlaku terhadap calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, sememangnya masing-masing akan berkempen semaksimum mungkin, namun soal keselamatan dan kesihatan perlu juga diberi keutamaan.

Iklan
Iklan

"Saya nak bagi pandangan dan nasihat kepada semua calon yang bertanding sama ada BN, Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) supaya ambil perkara ini (kejadian berlaku) sebagai iktibar.

"Jaga keselamatan dan kesihatan kerana sudah tentunya waktu sebegini menjadi waktu yang kurang rehat bagi setiap calon, letih dan sebagainya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Jempol pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, tempoh waktu berkempen ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga jam 12 tengah malam sememangnya sudah memadai.

Namun katanya, ada sesetengah calon termasuk Zaidy yang mungkin menggunakan waktu selepas dibenarkan itu untuk bertemu dengan jentera untuk menyusun strategi atau membuat postmortem tanpa mengambil kira waktu rehat.

Iklan

"Waktu kempen bukan penyumbang kepada kemalangan dan sebagainya. Kita harus tahu dan ingat bahawa kita yang menentukan keadaan keselamatan dan kesihatan diri sendiri.

"Jangan kita terlalu teruja sangat bekerja tanpa mengambil kira waktu rehat," katanya.

Berkenaan perjalanan kempen Mohd Zaidy, Jalaluddin berkata, kemungkinan ia akan sedikit terganggu, namun beliau boleh berkempen secara maya dengan menggunakan teknologi yang ada.

"Saya baharu melawat beliau dan alhamdulillah keadaan agak stabil dan tak serius, tapi saya tak nampak beliau boleh berkempen (semuka) dalam tempoh 11 hari ini.

"Tapi itu tak mendatangkan masalah kepada beliau kerana boleh melakukan kempen secara maya, itu saya tak risau sangat.

"Yang saya risau kedudukan pemandu yang agak kritikal sekarang. Sama-sama kita doa beliau segera sembuh," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Mohd Zaidy memaklumkan beliau terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah inap desa di Palong 2 selepas berjumpa dengan jenteranya di Bahau.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!