Kembara Mahkota Johor 2023 kembali temui rakyat

Iklan
KMJ 2023 akan berlangsung bermula 5 hingga 8 Ogos depan.

JOHOR BAHRU - Selepas hampir tiga tahun Kembara Mahkota Johor (KMJ) tidak diadakan berikutan pandemik Covid-19, acara yang dinanti-nantikan Bangsa Johor itu bakal membuka tirai Ogos ini.

Kali terakhir KMJ diadakan pada tahun 2019, dan kini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Keluarga Diraja Johor akan kembali menjelajah ke 10 daerah bertemu rakyat.

Iklan
Iklan

KMJ 2023 bakal menyaksikan jelajah pacuan empat roda oleh Keluarga Diraja Johor dengan jumlah perjalanan hampir 800 kilometer.

Ikuti perkembangan dan aktiviti jelajah KMJ 2023 menerusi laman media sosial Keluarga Diraja Johor.

Iklan
Iklan