OKT bergari lolos diri, dua anggota polis disiasat

Iklan
Mohd Shuhaily

KUALA LUMPUR - Dua anggota polis disiasat berhubung insiden melibatkan orang kena tahan (OKT) warga Myanmar yang meloloskan diri dari kenderaan polis sebelum berjaya diberkas semula dalam kejadian di Jalan Kuching menghala pusat bandar di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata, kedua anggota polis terlibat disiasat berkaitan unsur kecuaian ketika menjalankan tugas.

Iklan
Iklan

"Siasatan dijalankan mendapati ketika kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, suspek digari bersama beberapa individu yang lain ketika kejadian sebelum melarikan diri dengan membuka gari lalu terjun dari lori yang dinaiki.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Isnin.

Iklan

Katanya, suspek kemudiannya ditahan semula pihak polis kira-kira jam 9.20 malam pada hari sama di Masjid Medan Idaman Setapak.

"Siasatan turut dijalankan melibatkan dua anggota polis kerana kecuaian ketika menjalankan tugas.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata pihaknya turut mengesan dua rakan sejenayah suspek dipercayai terlibat kegiatan samun di sekitar ibu kota.